Recovery RX Peranti Terapi Untuk Melegakan Kesakitan Badan

Jimedic-RecoveryRX-Kota-Kinabalu-Sabah-Malaysia-1-4128x3096
RecoveryRX Knee Pain Relief

RecoveryRX merupakan peranti terapi untuk melegakan kesakitan badan. RecoveryRX digunakan untuk melegakan sakit lutut, sakit belakang, senggugut dan sakit di bahagian lain badan misalnya sakit bahu ataupun sakit belakang leher.

Penggunaan RecoveryRX secara klinikal di pusat-pusat perubatan telah terbukti berjaya merawat diabetic foot ulcer iaitu luka di bahagian kaki yang sukar sembuh disebabkan oleh diabetes.

Peranti ini sebenarnya peranti kecil dibina berasaskan terapi gelombang pendek (pulsed shortwave theraphy) dicipta untuk digunakan oleh therapist untuk melegalkan kesakitan dan untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Peranti moden ini baik untuk melegakan:
  • Sakit belakang. Kerap dialami golongan dewasa.
  • Arthritis belakang.
  • Kesakitan otot di bahagian belakang pinggang.
  • Ketegangan belakang dan sakit terseliuh.
  • Sakit belakang waktu malam.
  • Sakit saraf Sciatic.
  • Pemulihan pembedahan belakang.
  • Sakit belakang kronik dan akut.
Ia juga berguna untuk melegakan:
  • Senggugut.
  • Kesakitan bahagian pelvis atau bawah perut.
  • Sakit semasa haid.
Anda boleh gunakan peranti ini untuk melegakan:
  • Sakit lutut
  • Ketegangan lutut
  • Sakit disebabkan terseliuh
  • Kecederaan dibawah balutan lutut
  • Tendoriltis
  • Arthritis lutut
  • Osteoaritis
  • Keradangan lutut
  • Ligamen

Kategori RecoveryRX

RecoveryRX terdapat dalam 2 kategori utama iaitu Back Pain Relief dan Knee Pain Relief. Kedua-duanya menggunakan peranti yang sama cuma didatangkan dalam packaging berbeza tapi dengan saiz kotak yang sama. #

Untuk Back Pain Relief, ia didatangkan dengan aksesori khas untuk meletak peranti di bahagian belakang pinggang seperti anda lihat dalam gambar. Jika tidak mahu menggunakan aksesori tersebut, boleh gunakan pelekat kecil seperti 'handyplast' untuk meletakkan peranti RecoveryRX dibelakang pinggang.

Untuk Knee Pain Relief pula, produk ini didatangkan dengan knee pad khusus untuk meletak peranti RecoveryRX di atas kepala lutut bagi membolehkan gelombang peranti masuk ke bahagian yang sakit. Rupa knee pad tersebut adalah seperti yang anda lihat di dalam gambar.

Cara RecoveryRX berfungsi melegakan kesakitan boleh anda fahami melalui video dibawah ini.


Review RecoveryRX Dari Pengguna

RecoveryRX merupakan produk terapi mesra pengguna yang diedarkan secara global. Ia turut dijual di Amazon.com yang merupakan pasaraya online terbesar di dunia. Klik gambar untuk imej lebih besar dan lebih jelas.

Review mengenai RecoveryRX di laman web Amazon.com

Buat masa ini saat kami meneliti review atau ulasan-ulasan mengenai RecoveryRX dari pengguna yang telah membelinya, ternyata review positif lebih banyak dari review negatif.

Jimedic-RecoveryRX-Review-Reviews-1-671x335
Review penggunaan RecoveryRX di laman web Amazon.com

Bagi kami di Jimedic, kami merasa berpuas hati kerana ramai klien kami telah mendapat kelegaan dari sakit lutut dan sakit belakang setelah menggunakan RecoveryRX. Golongan wanita yang selalu merasa tidak selesa akibat sakit senggugut telah merasai kelegaan tatkala menggunakan RecoveryRX.

Pil Pain Killer - Keburukannya Yang Selama Ini Disembunyikan

jimedic-1-pil-ubat-pain-killer-640x428
Pil-pil Pain Killer

Pil pain killer atau ubat penahan sakit amat popular di kalangan masyarakat kita di Malaysia. Kebanyakan dari kita mengambil atau menelan ubat pain killer dalam bentuk tablet untuk melegakan sakit kepala, sakit gigi, sakit perut semasa datang haid, sakit belakang atau untuk mengubati sakit kronik yang berterusan seperti arthritis.

Ubat penghilang sakit sebegini biasanya tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan dalam masa pendek tapi bakal mendatangkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang jika kerap di telan secara berterusan. Salah satu pil pain killer yang banyak digunakan oleh kebanyakan kita di Malaysia adalah pil paracetamol yang ditelan untuk menghilangkan sakit kepala, pening kepala atau demam-demam ringan.

Kesan Jangka Masa Panjang


Tahukah bahawa pil-pil ubat pain killer ini sebenarnya boleh membawa padah dalam jangka masa panjang jika ditelan secara berterusan bertahun-tahun lamanya?

Dari pemerhatian dan kajian umum kebanyakan orang yang 'amat setia' mengambil pil-pil pain killer adalah orang-orang dalam golongan umur pertengahan (35 tahun ke atas) juga orang-orang dalam golongan warga tua. Mungkin juga ibu bapa anda.

Mereka biasanya kerap mengambil ubat-ubat tertentu untuk jangka masa panjang. Contohnya adalah pil ubat darah tinggi, pil ubat kencing manis, pil ubat sakit kepala.

Apabila mereka sudah kehabisan bekalan ubat-ubat tersebut mereka berjumpa doktor sekali lagi untuk konsultasi dan untuk pemeriksaan. Jika penyakit mereka tidak ada perubahan (yakni masih lagi berterusan di tahap sama) maka mereka terpaksa terus mengambil ubat-ubat tersebut untuk masa-masa akan datang.

Pil-pil ubat tahan sakit atau pil pain killer untuk penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas biasanya dari kategori NSAIDs (non steroidal anti inflammatory drugs) yang dicipta untuk pengguna biasa.

Kesan Lebih Teruk Tanpa Kita Sedari


Jika mengambil ubat-ubat pain killer dalam kategori tersebut, ia boleh menyebabkan pendarahan di bahagian perut dan usus (bahagian gastrrointestinal dalam bahasa perubatan). Pendarahan tersebut akan menjadi amat teruk lalu boleh membawa kepada kematian individu jika masih berterusan.

NSAIDs merangsang acid perut dan dalam masa yang sama pengurangkan mucus normal yang melindungi lapisan perut. Ubat ini adalah sangat tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai gastritis (sakit gastrik iaitu sakit tiba-tiba di bahagian perut apabila perut kosong) dan ulser perut.

Aktiviti menelan pil-pil ubat pain killer secara tidak terkawal juga boleh menyebabkan peningkatan kesan buruk penyakit berpunca dari pengambilan dos tanpa mengikut nasihat doktor atau pengamal perubatan bertauliah.

Kesan paling ketara adalah pada buah pinggang pesakit yang menelah pil-pil pain killer secara berterusan. Ia boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Hal ini berisiko untuk terjadi bagi orang-orang dalam golongan lelaki atau perempuan berumur 60 tahun ke atas. Ini termasuk jugalah pesakit darah tinggi, pesakit jatung (lemah jantung atau penyakit lain serupa dengannya) juga mereka yang sedang mengalami masalah dengan buah pinggang.

Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Ubat Pil Pain Killer

Berikut merupakan beberapa langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan aktiviti pengambilan ubat-ubat pain killer secara berterusan dalam proses menghilangkan kesakitan. Kita mulakan dengan...

1. Glucosamine dan condroitin.

Langkah ini khusus untuk mereka yang merupakan golongan warga tua berumur 60 tahun ke atas yang mengalami penyakit-penyakit kronik seperti arthitis atau sakit sendi. Glucosamine dan condroitin merupakan sejenis supplimen yang berfungsi untuk mengelakkan kehausan sendi yang lebih serius. Dalam masa yang sama, glucosamine dan condroitin juga boleh mengurangkan risiko kekejangan dan kesakitan otot yang dialami oleh golongan sebegini.

2. Larutan Antiseptik.

Ini dicadangka untuk anda yang kerap mengalami sakit gigi serta mahu menghilangkannya serta merta. Elakkan pengambilan ubat sakit gigi (biasanya berbentuk pil kecil berwarna putih) sebaliknya ambil larutan antiseptik yang boleh membunuh kuman-kuman degil juga bakteria-bakteria tersembunyi yang ada di dalam gigi dengan cara meminumnya lalu berkumur-kumur. Sebaik-baik larutan antiseptik adalah larutan yang diperolehi dari farmasi hospital namuan ada juga larutan komersil dipasaran yang dicipta untuk pengguna biasa seperti Listerine atau Colgate Plax.

3. Gel Atau Cecair Hangat.

Bagi golongan wanita ynag kerap menghadapi sakit senggugut yang teruk atau menstural pain yang lebih menyakitkan dari biasa, dicadangkan supaya menggunakan warm gel atau cecair hangat lalu diletakkan di atas kulit di bahagian rahim (iaitu dibawah pusat). Haba yang menyentuh kulit akan dapat melegakan kesakitan yang alami ketika sedang haid. Cara lain adalah merendam tuala dengan air suam dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu, ambil tuala tersebut, perah sedikit untuk mengurangkan airnya kemudian letakkan di atas kulit di bahagian rahim.

4. Ginko Biloba.

Langkah ini khusus untuk anda yang mengalami sakit kepala atau pening kepala dengan kerap. Ia juga untuk anda yang selalu mengalami sakit kepala disebabkan oleh migrain atau disebabkan oleh silau dari mata misalnya tatkala sedang memandu pada waktu panas terik. Ambil pil-pil ginko biloba kerana ginko biloba boleh melancarkan perjalanan darah yang akhirnya dapat mengurangkan sakit kepala secara semulajadi. Pil ginko biloba kebanyakannya ada di jual di kedai-kedai farmasi, di mana-mana cawangan Watson juga di mana-mana cawangan kedai Guardian kerana kedai-kedai sebegini menjual produk-produk penjagaan diri termasuklah produk supplemen, vitamin serta ubat-ubatan ringan.

Sakit Belakang Di Usia Muda - Petikan Dari Akhbar Utusan Malaysia

Jimedic-Sakit-Belakang-Pinggang-Atas-Punggung-1-01

Sakit belakang adalah masalah biasa pada semua lapisan umur kecuali kanak-kanak. Boleh dikatakan setiap orang akan mengalami sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jika masalah ini berlarutan, mereka yang mengalaminya perlu segera berjumpa doktor. Setidak-tidaknya mereka perlu mendapatkan pandangan doktor berkenaan punca sakit belakang yang dialami.

Kadang-kadang sakit belakang boleh disebabkan oleh masalah biasa seperti mengangkat barang, postur semasa bekerja di pejabat dan sebagainya. Apabila mengangkat barang, ramai yang lazimnya membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan. Pekerja pejabat pula duduk di meja dan menghadap komputer berjam-jam tanpa regangan.

Walaupun penyakit serius seperti kanser dan jangkitan kuman tulang belakang, jarang berlaku dalam kalangan wanita muda namun penyakit lain yang juga boleh menyebabkan sakit belakang seperti batu karang perlu dipertimbangkan.

Pesakit juga tidak patut bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan dalam jangkamasa panjang seperti kerosakan pada buah pinggang dan risiko mendapat sakit gastrik.

Penyakit osteoporosis jarang berlaku dalam kalangan wanita muda tanpa penyebab lain yang mungkin dialami pada masa sama.

Faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis adalah dalam kalangan atlet profesional yang menggunakan tenaga pada tahap optimum seperti pelari maraton, wanita kurang bersenam dan diet kalsium yang rendah, wanita yang terlalu kurus dan memiliki kerangka tulang badan kecil, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap osteoporosis, wanita yang merokok, mengalami masalah penyerapan nutrien, mempunyai aras hormon estrogen yang rendah mungkin disebabkan menopaus pramatang (menopaus pada usia muda), rawatan kemoterapi dan mengalami kekurangan vitamin D.

Perubahan sakit belakang secara umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan. Hampir 90 peratus kes adalah dalam kumpulan 'fungsi' iaitu sakit belakang tanpa perubahan dikesan dalam X-Ray atau Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

Ramai daripada pesakit ini wanita bekerja atau berumahtangga. Kebanyakan mereka bekerja dan duduk di kerusi terlalu lama. Seperti yang saya telah maklumkan bahawa postur duduk yang tidak sesuai menyumbang kepada sakit belakang.

Satu lagi ciri kumpulan ini ialah mereka yang kurang bersenam atau aktiviti rekreasi kerana sibuk dengan kerja pejabat dan rumah. Mereka tidak sihat secara fizikal dan mental. Kepenatan, stres dan sedikit sebanyak tekanan menyebabkan mereka merasa sakit belakang lebih daripada orang biasa.

Kerja mengangkat benda berat yang jarang dilakukan mencetuskan gejala sakit belakang yang teruk kerana teknik yang salah dan kelemahan fizikal.

Dalam pada itu, 10 peratus yang lain menghidap sakit belakang asli dengan perubahan dikesan dalam X-Ray dan MRI. Kebanyakan mereka mengalami masalah kemerosotan struktur tulang rawan tulang belakang yang dikenali sebagai degenerative disk disease dan kadang kala slip disk (prolapse Intervertebral disk).

Disk adalah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disk kehilangan kelembapannya.

Ini boleh dikesan dengan MRI. Harus diingatkan bahawa bukan semua disk yang merosot menyebabkan sakit belakang. Ini kerana slip disk berlaku apabila disk yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya adalah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut.

Dari pengamatan kami di Jimedic, insya-Allah sakit belakang yang dialami adalah tidak serius kerana besar kemungkinannya disebabkan sakit belakang daripada kumpulan pertama iaitu 'fungsi'.

Sudah tentu sakit ini boleh sembuh. Ia bukanlah disebabkan masalah osteoporosis. Elok berjumpa dengan doktor pakar tulang (ortopedik) bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan sudah tentu rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.

Sakit Belakang Penyakit Kedua Paling Banyak Dialami

Jimedic-Sakit-Belakang-Pinggang-1-01

Sakit belakang merupakan sakit kedua paling banyak di alami oleh kebanyakan orang selepas selesema. Selesema mudah berjangkit. Sakit belakang pula mudah terjadi. Kadangkala sakit belakang menjadikan kita berasa tidak selesa dan apa pun yang akan kita buat serba tidak kena.

Sakit belakang juga merupakan rasa sakit-sakit kecil menucuk-nucuk di bahagian belakang pinggang atau di bahagian badan berdekatan belakang pinggang. Ia menjadi penghalang kepada kita dari melakukan tugas-tugas seharian kerana merasa sukar untuk berdiri atau duduk dengan selesa tanpa merasa sakit sepertimana biasa sebelum ini.

Pada hari ini tidak ada seseorang pun yang terkecuali dari sakit belakang. Hampir setiap orang merasainya. Kadangkala remaja pun merasainya. Orang dewasa sudah tentu kerap merasai sakit pinggang atau sakit belakang seperti mana yang Jimedic katakan. Aktiviti berat yang banyak dilakukan lelaki mahupun wanita dewasa menyebabkan golongan ini dikatakan lebih kerap menghadapi masalah ini.

Sakit Tulang Belakang Bawah - Penyebab Utama

Jimedic-Sakit-Tulang-Belakang-1

Sakit tulang belakang bawah kebanyakannya berpunca dari aktiviti seharian kita, antaranya banyak duduk dari berjalan atau berdiri. Kebanyakan orang yang bekerja di dalam pejabat (terutama lelaki atau wanita berumur 35 tahun ke atas) sering mengalami sakit belakang kerana terlalu lama duduk.

Kebanyakan dari orang bekerja juga banyak meluangkan masa duduk lama di dalam kereta terutamanya mereka yang banyak memandu atau memandu lebih kurang sejam dalam sehari di sebelah pagi (ketika pergi ke tempat kerja) kemudian sejam di sebelah petang (ketika balik dari tempat kerja). Kesannya, mereka mengalami sakit belakang atau sakit tulang belakang.

Postur ketika duduk juga menjadi penyebab sakit tulang belakang. Kebanyakan dari kita suka duduk membongkok ke depan tatkala menaip atau ketika meneliti skrin komputer. Bayangkanlah kalau kita duduk seperti itu selama 8 jam sehingga 15 jam sehari, sakit tulang belakang yang di alami pasti menimbulkan rasa tidak selesa, bukan? Jika anda mengalami sakit belakang dan mahu menghilangkannya tanpa perlu menelan ubat, hubungi kami di Jimedic.

Jimedic Di Promo Booth Hospital Lahad Datu

jimedic-official-promo-booth-lahad-datu-1

Jimedic Di Promo Booth Hospital Lahad Datu - Pada 15 Mac 2017 yang lalu Team Jimedic telah dijemput oleh pihak Hospital Lahad Datu untuk membuka promo booth di perkarangan Bilik Seminar. Turut menyertai event tersebut adalah beberapa lagi syarikat lain dalam bidang yang sama. Produk yang team Jimedic tampilkan di promo booth terseut adalah Recovery RX dan mesin Airvo 2 beserta produk lain yang berkaitan dengannya. Dalam pada itu juga team Jimedic sempat meluangkan masa beramah mesra dengan staff-staff Hospital Lahad Datu. Promo booth team Jimedic di Hospital Lahad Datu berakhir pada jam 4 petang.

Kepakaran Jimedic

jimedic-official-alamesra-kota-kinabalu-1-0-1-1600x1200.jpg

Kepakaran Jimedic adalah membantu golongan berumur 35-45 tahun sembuh dari sakit belakang pinggang, sakit lutut dan luka tanpa menelan ubat atau apa-apa 'pain killer'. Jimedic membantu dengan menawarkan penggunaan alat kecil berasaskan teknologi inovatif dinamakan Recovery RX. Ia mengeluarkan gelombang elektromoganetic bertindak sebagai terapi untuk menghilangkan sakit belakang, sakit kepala lutut, sakit sakit bahu dan untuk menyembuhkan luka.

Lokasi Jimedic Di Alamesra

jimedic-official-alamesra-kota-kinabalu-1-1600x1200.jpg

Lokasi Jimedic Di Alamesra - Jika anda ingin tahu di mana lokasi pejabat urusan Jimedic, anda boleh temui kami di Lot 8, Block A, Lor Plaza Permai 1, Alamesra Sulaman Coastral Highway, Kota Kinabalu. Anda boleh call kami di talian 088-485 150. Untuk membeli produk yang kami pasarkan, anda boleh datang sendiri ke pejabat kami atau memesan secara online.


Jimedic Official Alamesra

jimedic-alamesra-kota-kinabalu-1-350x300

Jimedic merupakan “Medical Supplier” bumiputra yang beroperasi di Kota Kinabalu. Kami telah berada dalam industry selama 8 tahun dan hampir ke semua Hospital di Sabah termasuk Labuan telah menggunakan produk kami.

Kepakaran Jimedic adalah membantu golongan berumur 35-45 supaya tidak mengambil ubat 'pain killer' untuk menghilangkan sakit kepala lutut, sakit senggugut atau sakit belakang. Produk yang kami perkenalkan membantu melancarkan perjalanan darah ke bahagian yang sakit kemudian menyembuhkannya langkah demi langkah.

Buat masa ini Jimedic telah membantu lebih 150 orang pesakit mengurangkan kesakitan yang dialami samada yang “Chronic atau Acute Pain” tanpa perlu mengambil ubat penahan sakit.